*KISAH JENAZAH YANG DISELAWATKAN OLEH 70 RIBU MALAIKAT*
Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra :
Pada suatu pagi Rasulullah saw bersama sahabatnya Anas bin Malik ra melihat suatu keanihan.
Bagaimana tidak, matahari dilihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasa.
Tidak lama kemudian Rasulullah saw dihampiri oleh malaikat Jibril.
Rasulullah saw bertanya : "Wahai Jibril, kenapa matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"
"Ya Rasulullah, matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalangnya." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah saw tanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah malaikat yang menghalang matahari ketika ini?"
"Ya Rasulullah, 70 ribu malaikat." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah saw tanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan malaikat menutup matahari?"
Jawab Jibril : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah saw telah mengutus 70 ribu malaikat agar membacakan selawat kepada seorang umatmu."
"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah saw.
"Dialah Muawiyah!" jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah saw tanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga ketika dia meninggal dapat kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Jibril jawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."
Jibril meneruskan : "Dari sebab itulah Allah swt mengutus seramai 70 ribu malaikat untuk membacakan selawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah itu".
Subhanallah.
Walhamdulillah.
Wala ilaha illallah
Wallahu akhbar.
Rasulullah saw bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?"
Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertigai Al-Qur'an?"
Nabi saw bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sama dengan sepertiga Al-Qur'an.''
- HR Muslim no. 1922.
Boleh di share biar lebih bermanfaat.
Wallah hu a'lam..
No comments:
Post a Comment